Malaysian television actress most well known for starring in the popular series Syurga Nur. She is also well recognized for her roles in the telefilms Ikatan and Cinta Vlog. Janna Nick was born on June 1, 1995 in Malaysia. Both she and Nad Zainal are incredibly popular actresses from Malaysia. She began her acting career as a child, appearing in commercials and corporate videos from the age of 5. Scroll below and check our most recent updates about Janna Nick Net Worth, Salary, Biography, Age, Career, Wiki. Also discover more details information about Current Net worth as well as Monthly/Year Salary, Expense, Income Reports!

Nurul Jannah binti Muner (dilahirkan pada 1 Jun 1995) atau lebih dikenali sebagai Janna Nick merupakan seorang pelakon dan penyanyi wanita Malaysia berketurunan Melayu, Cina dan Pakistan. Beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan dengan memegang watak tambahan dalam telefilem Cinta Vlog (2012). Beliau mula dikenali secara meluas menerusi peranan signifikannya sebagai Nur Jannah dalam siri drama waktu perdana yang diiktiraf secara kritikal, Syurga Nur (2015) bersama Azrel Ismail dan Amar Asyraf, dan meraih penghargaan seterusnya menerusi watak utama sebagai Iman Firdaus dalam siri drama, Kau Aku Kita (2015) bersama Saharul Ridzwan yang mana beliau memenangi Aktres Pilihan di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016. Selepas Kau Aku Kita tamat, beliau membintangi drama Anakku Diva sebagai Melati dan Suami Tanpa Cinta sebagai Ain Syifa.

Dalam teater, beliau memegang watak sebagai Me Mang Nak dalam pementasan teater Zombie La La La yang dipentaskan di Istana Budaya pada 13 hingga 21 Februari 2016. Sebagai penyanyi, beliau telah melancarkan single pertama yang bertajuk “Mungkin Saja” pada 23 Januari 2016 yang menjadi percubaan sulung beliau dalam bidang muzik. Pada Mei 2016, beliau dilantik sebagai duta dan jurucakap bagi portal pendidikan FullAMark yang dimiliki oleh The New Straits Times Press dan juga dilantik sebagai duta dan jurucakap bagi produk kecantikan Fantasi Colour Cosmetic (FCC).

Beliau beralih kepada peranan yang lebih kedewasaan menerusi drama waktu perdana di Slot Akasia TV3 Biar Aku Jadi Penunggu bergandingan bersama Ashraf Muslim. Selain itu, Janna membuat kemunculan sulungnya di layar lebar menerusi filem sulung lakonannya, Kimchi Untuk Awak (2017) memegang watak antagonis bernama Zara serta drama bertajuk Dia yang juga akan bersiaran di Slot Akasia TV3 nanti.

Sepanjang kerjaya lakonannya, Janna telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan termasuk Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016 bagi Aktres Pilihan dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2015 bagi Artis Baharu Wanita Paling Popular. Pada Februari 2017, beliau menyertai LOL Entertainment bagi menguruskan kerjaya seninya.

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan sebagai Nurul Jannah binti Muner pada 1 Jun 1995 di Sungai Petani, Kedah, berdasarkan dokumen kelahirannya dan merupakan anak kedua daripada empat beradik dalam keluarganya. Adik-beradik beliau ialah abang sulungnya, Mohamad Firdaus, dua adik perempuannya, Nurul Balqish dan Nur Iris Rose Sofiea. Beliau berdarah kacukan Cina, Pakistan dan Thai di sebelah kedua-dua ibu bapanya. Janna juga bergiat aktif dalam pasukan sorak di sekolah bersama adiknya, beliau juga pernah bergiat aktif dalam pertandingan nyanyian semasa zaman persekolahannya. Beliau sekeluarga pernah menetap di Amsterdam, Belanda selama 3 tahun sewaktu Janna masih kecil.

Kerjaya

2012–2015: Permulaan kerjaya, Syurga Nur dan Kau Aku Kita

Janna memulakan kerjaya awalnya sebagai model iklan komersial dan video korporat sebelum muncul dalam pelbagai rancangan televisyen. Ketika itu, usia beliau dalam 5 hingga 7 tahun tetapi mengambil keputusan berhenti kerana mahu menumpulan perhatian pada pendidikannya. Janna mendapat tawaran menyambung pelajaran di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Arau, Perlis tetapi menolak kerana ingin menumpukan kepada bidang lakonan. Janna berhasrat untuk meneruskan pengajian di ibu negara. Berminat dengan bidang lakonan sejak kecil dan sering memaksa ibunya membawa kemana ke mana-mana sesi uji bakat diadakan. Cita-citanya mahu menjadi pelakon dan usahawan berjaya. Selepas mendapat keputusan A dalam semua subjek mata pelajaran sekolah, Janna terus memohon keluar dari MRSM untuk bersekolah harian biasa.

Lakonan pertamanya pada 2012 ialah menerusi telefilem Cinta Vlog, yang mana beliau memegang watak pembantu sebagai Risa, bersama-sama dengan pelakon utamanya, Aliff Aziz dan Wawa Zainal, telefilem ini disiarkan di TV9. Seterusnya beliau berlakon dalam drama Ikatan, bersama-sama dengan Ayu Raudhah dan Iqram Dinzly, ia bersiaran di TV2. Pada 2013, beliau membawakan peranan sebagai Elle dalam siri TV Jodoh lakonan Dazrin Kamarudin yang bersiaran di Astro Ria dan sebagai Nur dalam siri Tanah Kubur (Musim 8) episod “Minyak Murai Gila” di Astro Oasis. Janna Nick memegang dua peranan dalam dua siri televisyen di TV1, iaitu watak sebagi Astri dalam Syurga Di Wajahmu dan watak sebagai Aishah dalam Di Penghujung Dendam. Beliau turut membintangi drama online, Dan Calonnya Adalah di laman web Tonton.com.my, memegang watak sebagai Shai. Pada tahun berikutnya, Janna membawakan kembali watak Elle dalam musim kedua siri drama Jodoh, seterusnya beliau muncul dalam dua drama TV, Puasa Oh Puasa dan Kasih Berbisik.

Namanya menjadi perhatian ramai apabila bergandingan bersama Amar Asyraf dan Azrel Ismail menerusi siri drama Syurga Nur, yang mana beliau memegang watak utama sebagai Nur Jannah, drama ini diarahkan oleh Azman “Jinggo” Yahya dan diterbitkan oleh Sheila Rusly menerusi JS Pictures dan disiarkan di Slot Akasia TV3, drama ini mengisahkan Nur yang kehilangan ibu bapanya dalam kemalangan jalan raya. Sejak itu, Nur dibesarkan oleh makciknya yang sering menderanya. Nur melarikan diri dari rumah dan berjumpa dengan Sarina yang menyayanginya seperti anak kandungnya. Drama ini turut dibintangi oleh Raja Ilya, Dayana Roza, Erwin Dawson Janna berlakon dalam drama 60 episod, Keluarga Karaoke yang mana beliau membawakan watak sebagi Shirley. Drama yang disiarkan di Astro Mustika HD dan Astro Bella ini turut dibintangi oleh Elyana, Raja Ema, Sherry Ibrahim dan Elfaeza Ul Haq. Profil beliau sebagai pelakon terus berkembang dengan membintangi telefilem Bila Cinta Berbunga lakonan Uqasha Senrose dan Zahiril Adzim yang bersiaran di TVi, Janna memegang watak pembantu sebagai Amira. Beliau turut membintangi drama Bila Hati Telah Hitam di Astro Oasis menerusi episod “Fanatik” dengan memegang watak lakonannya sebagai Azwa. Pada tahun sama, beliau berlakon bersama Idris Khan, Cat Farish dan Shahz Jaszle menerusi drama Abang Sado Jemur Kain yang bersiaran di Slot Iris TV3 dan membintangi muzik video lagu “Mikraj Cinta” nyanyian Datuk Siti Nurhaliza, dimana dalam muzik video ini, Janna memegang watak sebagai seorang wanita yang sedang asyik berswafoto sambil memandu keretanya sehingga mengakibatkan kemalangan yang mengorbankan tiga sekeluarga. Beliau turut membintangi drama online, Si Montel di HyppTV.

Pada tahun yang sama, Janna kemudiannya membintangi dua telefilem di TV1 — Bejalai (watak sebagai Julia) dan Cinta & Coklat (watak sebagai Sheila), serta satu telefilem di TV3, Sayang Suria. Beliau sekali lagi bekerja di bawah bimbingan Sheila Rusly dan suami, Azman Yahya menerusi siri drama Kau Aku Kita yang diadaptasi daripada novel dengan judul sama karya Orkid Edyliyne terbitan Fajar Pakeer, beliau memegang watak sebagai Iman Firdaus, bergandingan bersama Saharul Ridzwan sebagai Im Aus dan bersiaran di TV3 menerusi Slot Lestary. Drama ini melayakkan beliau memenangi Aktres Pilihan di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016. Gandingannya bersama Saharul juga memenangi Pasangan Pilihan di anugerah sama, drama Kau Aku Kita mencapai penarafan sebanyak 4.7 penonton, pertama kali dalam Slot Lestary dan paling tertinggi dalam drama adaptasi dan sejarah televisyen Malaysia. Pada awal 2016, beliau membintangi bersama Ardell Aryana dan Shakilla Khoriri dalam siri drama waktu perdana Anakku Diva di TV3 di mana beliau memegang watak Melati dan Suami Tanpa Cinta di Astro Ria, yang mana beliau melakonkan watak sebagai Ain Syifa dan bergandingan bersama Shukri Yahaya. Janna meluahkan rasa syukur diatas penerimaan penonton terhadap keserasian beliau bersama Shukri di dalam drama itu. Namun beliau akan cuba untuk mengelak melakukan adegan berpelukan melampau sehingga boleh menimbulkan kemarahan. Beliau juga melibatkan diri dalam pementasan teater apabila membintangi teater yang bertajuk Zombie La La La yang dipentaskan pada 13 hingga 21 Februari 2016 di Istana Budaya, Kuala Lumpur, beliau memegang watak utama sebagai Me Mang Nak.

2016–kini: Peralihan ke peranan dewasa dan puncak kejayaan

Janna semasa memenangi Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016.

Pada Januari, Janna melancarkan single sulungnya, “Mungkin Saja” yang menjadi lagu tema drama Suami Tanpa Cinta lakonannya. Ia menjadi percubaan sulungnya dalam industri muzik Malaysia, lagu yang berentak pop ini dicipta dan ditulis oleh Kuncidemak dan diterbitkan oleh syarikat rakaman Hikayat Records. Bagaimanapun, Janna menepis tuduhan segelintir pihak kononnya beliau tamak dalam mengejar populariti apabila membuat keputusan untuk menjadi penyanyi. Ternyata percubaan terbarunya sebagai penyanyi membuahkan hasil apabila “Mungkin Saja” telah terpilih untuk layak ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 31. Lagu ini juga menduduki tangga ke-11 di Carta Era. Semua ini juga adalah sebagai memenuhi permintaan para peminatnya yang mengikuti perkembangan kerjaya lakonannya. Pada Mac, Janna memenangi anugerah Aktres Pilihan dan Pasangan Pilihan (bersama Saharul Ridzwan) di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016 menerusi lakonannya dalam drama Kau Aku Kita, ini merupakan anugerah pertama yang dimenanginya. Pada April, beliau menerima pencalonan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2016 menerusi kategori Artis Baharu Wanita Popular, tetapi tewas kepada pelakon drama Cinta Si Wedding Planner, Mira Filzah serta pencalonan di Anugerah Melodi 2016 anjuran TV3, Harian Metro dan Hot FM. Pada masa yang sama, beliau membintangi telefilem Anak Ibu Buangan Ibu arahan Ellie Suriati yang bersiaran di Slot Cerekarama TV3 pada 5 Mac sempena Drama Festival Kuala Lumpur 2016 (DFKL 2016) beliau memegang watak sebagai Putri Aishah, seorang remaja yang degil dan nakal, telefilem ini turut dibintangi oleh Johan As’ari, Aida Aris dan Azri Iskandar. Pada bulan yang sama, Janna menerima dua pencalonan di Anugerah Pilihan Online 2016 (APO2016) bagi kategori Aktres Terbaik Pilihan Online (beliau dicalonkan bersama Ayda Jebat, Mia Ahmad, Mira Filzah dan Zara Zya) dan Wanita Anggun Pilihan DNARS, anugerah APO2016 dianjurkan oleh mStar Online dan stesen radio Suria FM, untuk mengiktiraf kepentingan media digital dan mereka yang telah membuat perbezaan di platform, anugerah APO2016 diadakan di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur pada 30 April.

Beliau turut membuat penampilan khas dalam sitkom J.K.K di TV3 menerusi episod “Hari Keluarga”. Selepas muncul dengan beberapa projek televisyen dan single terbaru, Janna memperlahankan aktiviti lakonan kerana ingin meluangkan masa bersama keluarga bersempena dengan kedatangan bulan Ramadan Al-Mubarak. Beliau mengakui teruja menanti ketibaan Ramadan kerana sudah lama tidak berehat panjang apabila sering diasak kesibukan hingga menyebabkan ibunya mengeluh ekoran dirinya jarang mempunyai masa bersama keluarga dan hanya akan kembali ke lokasi penggambaran seminggu selepas sambutan Aidilfitri nanti, sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, Janna membintangi dua teledrama khas sempena Hari Lebaran, Kau Aku Kita Raya di TV3 dan Syurga Tanpa Cinta Raya di Astro Ria, beliau juga tampil sebagai tetamu jemputan dalam rancangan Ketuk-Ketuk Syawal di TV1 dan sebagai pelakon dengan watak sebagai Sakinah dalam telefilem Tragedi Hari Raya di Astro Prima.

Pada Oktober, Janna membatalkan hasrat untuk menarik diri daripada saingan separuh akhir Muzik Muzik 31 pada 4 November selepas dipujuk komposer dan penulis lirik lagu nyanyiannya “Mungkin Saja” iaitu Kunci Demak, sebelum ini dia berhasrat untuk menarik diri kerana merasakan dirinya kurang kemampuan sebagai penyanyi. Kegagalan “Mungkin Saja” ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu (AJL) tidak mematahkan semangat Janna untuk tampil dengan lagu kedua. Dalam pada itu, Janna memaklumkan dirinya bakal terbabit dengan penggambaran drama 60 episod berjudul Dia, hasil kerjasama produksi Malaysia dan Indonesia. Dalam drama berkenaan, beliau bakal bergandingan dengan pelakon Indonesia, Irwansyah. Beliau bergandingan bersama Ashraf Muslim dalam drama Biar Aku Jadi Penunggu yang bersiaran di Slot Akasia TV3 yang mana beliau memegang watak sebagai Iffat Hamani.

Janna membuat kemunculan sulung di layar lebar menerusi filem Kimchi Untuk Awak arahan Michael Ang yang menjalani penggambaran di Kuala Lumpur dan Lembah Kelang. Penggambaran filem yang diadaptasi daripada novel karya Suri Ryana dengan judul sama ini juga dijalankan di Seoul, Korea Selatan. Turut membintangi filem ini ialah Aiman Hakim Ridza, Emma Maembong dan Natasha Elyzza, filem ini mengisahkan tentang Bella, seorang pelajar di universiti Korea Selatan menghabiskan cuti semesternya di Malaysia. Hidup Bella menjadi kucar-kacir sejak insiden dia terlanggar seorang lelaki kacukan Melayu Korea bernama Danial Lee Jae Hwan. Filem ini ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 30 Mac 2017, beliau memegang watak antagonis bernama Zara.

Beliau sekali lagi bergandingan bersama Saharul Ridzwan dalam supertelefilem bertajuk Bo Bajet arahan Bak Chee Hong. Demi tuntutan watak sebagai inspektor polis, Janna sanggup memotong pendek rambutnya seperti lelaki. Filem televisyen ini akan ditayangkan di Astro First Eksklusif (Saluran 480) atau Astro On Demand bermula 27 April 2017. Janna dijangka bakal melancarkan single terbaru bertajuk “Lena Yang Tenang” hasil nukilan penyanyi muda yang sedang meningkat naik Ippo Hafiz dan liriknya ditulis sendiri oleh beliau. Filem kedua lakonannya, Kerja Kahwin mula ditayangkan di pawagam pada 20 Julai 2017.

Di dalam media

Menjadi antara pelapis pelakon generasi baharu yang meningkat naik tidak pernah sesekali membuat dirinya terawang-awangan. Tidak pernah termakan pujian dan populariti yang dikecapi, Janna enggan dihanyutkan dengan gelombang yang tidak pernah bertepi. Beliau sentiasa berwaspada dan mengingatkan diri tentang tujuan utama memasuki bidang seni, glamor dan popular bukan menjadi keutamaannya. Baginya dia yakin hal yang satu itu akan datang dengan sendiri seandainya dia ikhlas dalam pekerjaan yang dilakukan. Sepanjang menjadi pelakon, Janna mengaku dirinya tidak lagi boleh mempercayai orang lain dengan mudah dalam usaha mengelakkan kontroversi daripada berulang sambil turut melihat kontroversi yang dihadapinya sebagai ruang untuk bermuhasabah diri. Janna juga berhasrat mencabar dirinya sebagai pengacara sekali gus mahu menggapai gelaran sebagai artis versatil.

Dalam pada itu, Janna mengakui ibunya tidak ambil peduli soal kontroversi yang melanda dirinya baru-baru ini. Sebaliknya, Janna menjelaskan ibunya lebih mengenali dirinya berbanding orang lain serta beliau tahu situasi sebenar. Namun begitu, beliau menjelaskan bahawa kepercayaan yang diberikan oleh ibunya tidak disia-siakan dan sebagai anak, Janna akan pastikan ibunya sentiasa gembira dengan setiap perkara yang dilakukannya.

Kontroversi

Perang mulut dengan Ruhainies

Janna Nick didakwa memuat naik video beserta kaspyen yang mencemuh pelakon drama Hello, Mr. Perfect!, Ruhainies Farehah di akaun Instagram miliknya pada April 2016. Perselisihan antaranya dengan Ruhainies mula menjadi bualan apabila Janna dikatakan menghasut pengarah Michael Ang untuk menyingkirkan Ruhainies sebagai antara teraju filem pertama arahannya, Kimchi Untuk Awak. Salah faham itu bagaimanapun, terlerai apabila Ruhainies memilih untuk berdamai. Janna tampil menjawab dakwaan Ruhainies berhubung isu rakaman video yang dimuat naik dan keterangan gambar yang dikatakan mencemuh dirinya itu. Dengan meluahkan isi hatinya, Janna Nick mempertahankan tindakannya memuat naik rakaman video berkenaan, Janna berkata beliau memuat naik video itu sebab hendak menjelaskan keadaan sebenar. Ini kerana terlalu banyak kenyataan yang dikeluarkan Ruhainies yang menganggapnya tidak matang adalah tidak betul. Janna berkata, dia memilih untuk berdiam diri pada mulanya kerana menyangka isu itu tidak berpanjangan dan malas melayan ‘kerenah’ adik pelakon Nur Risteena itu lagi.

Filemografi

Filem

TahunTajukWatakPengarahCatatan
2016Kerja KahwinFarahAnwardi JamilPelakon utama
2017Kimchi Untuk AwakZaraMichael AngPelakon pembantu

Telefilem

Memegang watak sebagai Iman Firdaus dalam drama Kau Aku Kita.
TahunTajukWatakSaluran TV
2012Cinta VlogRissaTV9
2014Aku Bukan Orang GajiTutyTV1
2015BejalaiJuliaTV1
Bila Cinta BerbungaAmiraTV1
Sayang SuriaSuriaTV3
Cinta & CoklatSheilaTV1
2016Isteriku Miss SallySalihahTV1
Hilangnya KasihQaisaraTV9
Anak Ibu Buangan IbuPutri AisyahTV3
Mek KelateMek TieTV3
Suami Tanpa Cinta RayaAin SyifaASTRO Ria
Tragedi Duit RayaSakinahASTRO Prima
Kau Aku Kita RayaIman FirdausTV3
Mat Salleh SangatMimiTV1
Gadis Kampung Paling PopularMayaTV3
Tangisan IzaraRaihanaTV3
Tribute P. Ramlee : Aku dan DiaIzaraTV1
2017Di Pintu SyurgaJannahTV3
Tesis Cinta Untuk BBellaTV2
TraumaRozaTV3
BobajetInspektor SitiASTRO First
Menantu MaterialEmilyaHyppSensasi

Drama

TahunTajukWatakSaluran TV
2012IkatanTV2
2013Jodoh 1ElleASTRO Ria
Tanah Kubur (Musim 8) Episod: “Minyak Murai Gila”NurASTRO Oasis
Syurga Di WajahmuAstriTV1
Dan Calonnya AdalahShaitonton.my
Di Penghujung DendamAishahTV1
2014Jodoh 2ElleASTRO Ria
Puasa Oh Puasa 1Cikgu EmmaASTRO Ceria
Kasih Berbisik
2015Keluarga KaraokeShirleyASTRO Mustika
Bila Hati Telah Hitam -Episod FanatikAzwaASTRO Oasis
Anak Ke-5MarinaTV9
Syurga NurNur JannahTV3
Abang Sado Jemur KainYanaTV3
Si MontelHyppSensasi
Terlanjur MencintaimuSofeaTV2
Kau Aku KitaIman FirdausTV3
2016Anakku DivaMelatiTV3
Kopi Sentul Mocha SantoriniAlyaTV1
Jawatankuasa Kampung Kalut (J.K.K.) – Episod: “Hari Keluarga”SweetTV3
Suami Tanpa CintaAin SyifaASTRO Ria
2000 KM Ke Al-HaramInasTV1
Biar Aku Jadi PenungguIfaat HamaniTV3
2017Cerita Dari Mastika -Episod Ratah Janin SendiriNiaASTRO Prima/ Maya HD
Dia (Akan Datang – Slot Akasia 60 Episod)AiraTV3
My Coffee Prince (Akan Datang – Slot Megadrama)DaniASTRO Ria/ Ria HD

Siri televisyen

TahunTajukPerananSaluran TV
2016CCTV (Suami Tanpa Cinta Special)Dirinya sendiri, pelakon utamaASTRO Ria
Pernah Makan Tak?Dirinya sendiri, tetamu jemputanTV9 / TV3
Ketuk-Ketuk SyawalDirinya sendiri, tetamu jemputanTV1
Sembang Teh Tarik KawDirinya sendiri, tetamu jemputanASTRO Warna/ ASTRO Mustika
Kelab Komedi (Musim 2)Dirinya sendiri, tetamu jemputanTV 9

Teater

TahunTajukWatakPeranan
2016Zombie La La LaMe Mang NakPelakon utama

Diskografi

Single
TahunTajukKedudukanCatatan
ERA FMHot FMMuzik Muzik
2016“Mungkin Saja”11OST Suami Tanpa Cinta

Videografi

Muzik video
TahunLaguArtis
2013KayanganHyper Act
2015Mikraj CintaDato’ Siti Nurhaliza

Kedermawanan dan pengendorsan

Pada 25 Mei 2016, Janna Nick bersama-sama dengan Amar Asyraf, Fattah Amin, Fasha Sandha, Hafidz Roshdi dan Uqasha Senrose telah dilantik oleh TV3 sebagai duta bagi kempen Syukur Selalu 2016. Janna bersama Amar dan Hafidz tampil dalam iklan pendek ‘Ilmu’ yang mengisahkan kecerdikan dan kesungguhan Amar dalam menjalankan bisnes baju raya manakala Janna pula seorang peniaga tudung yang tidak pandai untuk memikat hati pelanggan. Amar tidak lokek ilmu untuk membantu Janna melariskan jualannya. Akhirnya, mereka berdua bergabung untuk memberikan pakej hebat kepada Hafidz (pelanggan) yang ingin membeli baju raya dan tudung untuk keluarganya.

Beliau juga dilantik sebagai duta bagi portal pendidikan interaktif, FullAMark yang merupakan salah satu inisiatif oleh Media Prima Berhad untuk memudahkan proses pembelajaran di rumah. Ia diwujudkan selari dengan perkembangan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan. Pada September, beliau dilantik sebagai ‘wajah’ bagi produk kecantikan Farmasi Colour Cosmetic (FCC). Pemilihan Janna menjadi rasmi menerusi majlis khas yang berlangsung di Zebra Square, Kuala Lumpur. Mengulas pemilihan sebagai duta, Janna berkata, beliau gembira kerana diberi peluang menjadi wajah bagi produk tempatan yang berkualiti dan halal.

Anugerah dan pencalonan

Senarai anugerah dan pencalonan yang diterima oleh Janna Nick
TahunAnugerahKategoriKeputusan
2016Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016Aktres Pilihan (Kau Aku Kita)Menang
Pasangan Pilihan (bersama Syarul Ridzwan)Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2015Artis Baharu Wanita PopularDicalonkan
Anugerah Pilihan Online 2016Aktres Terbaik Pilihan OnlineDicalonkan
Wanita Anggun Pilihan DNARSDicalonkan
Anugerah MelodiPersonaliti Drama MelodiDicalonkan
Personaliti Sensasi MelodiDicalonkan
2017Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30Pelakon TV Wanita PopularMenang

Rujukan

Pautan luar

She is of Chinese, Thai, and Pakistani descent. She has one brother and two sisters. She has not shared about She's parent's name. We will update Family, Sibling, Spouse and Children's information. Right now, we don't have much information about Education Life.

Bio/Wiki
First NameJanna
Last NameNick
ProfessionTV Actress
Age25 years
Birthday & Zodiac
Birth SignGemini
Birth DateJune 1, 1995
BirthdayJune 1
Birth PlaceMalaysia
CountryMalaysia
Height & Weight
Height (Approx.)Not Available
Weight (Approx.)Not Available

She has grown insanely popular on social media, earning more than 550,000 followers just on her Instagram account.

Janna Nick Net Worth

According to Trend Celebs Now, Janna Nick's estimated Net Worth, Salary, Income, Cars, Lifestyles & much more details has been updated below. Let's check, How Rich is Janna Nick in 2019-2020?

Estimated Net Worth in 2020Under Review
Previous Year's Net Worth (2019)Under Review
Annual Salary Under Review.
Income SourcePrimary Income source TV Actress (profession).

Noted, Currently We don't have enough information about Cars, Monthly/Yearly Salary etc. We will update soon.

Reference: Wikipedia, IMDb, Onthisday. Last update: 2020-09-17 02:09